
Masyarakat Kadazandusun merupakan kaum yg terbesar di daerah Keningau dan negeri Sabah. Dikatakan, Keningau pada asalnya bukannya menjadi penempatan masyarakat ini. Kaum tersebut dikatakan telah berhijrah dari kawasan selatan negeri Sabah iatu, daerah Penampang, Tuaran, Tamparuli dan Manggatal(Berdasarkan cerita nenek saya), disebabkan oleh faktor perubahan pemerintahan dari kerajaan British kepada Jepun yg mengamalkan pemerintahan keras dan ganas telah menyebabkan penghijrahan terjadi dan juga jumlah penduduk kaum tersebut yg terlalu banyak di daerah mereka menyebabkan mereka berhijrah untuk mencari tanah dan penempatan baru. Bagaimanapun memang wujud masyarakat Dusun yang sedia ada mendiami daerah tersebut tetapi cuma sedikit, terdiri dari suku Dusun Kwijau(Kuriyou), Gana(Tatana), Bunduliwan dan taagahas. Ada juga yg mengatakan kedua suku Dusun iatu, Kwijau dan Gana merupakan suku Murut, kerana mempunyai sedikit persamaan bahasa dan budaya, tetapi tidak kerana kedua suku Dusun ini adalah lebih mirip dan lebih banyak persamaannya dengan kaum Kadazandusun terutamanya dri segi kebudayaan, pakaian, bahasa dan pakaian(Berdasarkan cerita bapa saya yg berketurunan Dusun Kwijau dan Gana). Mungkin kerana masyarakat ini tinggal, bergaul dan bercampur dengan masyarakat Murut telah mempengaruhi sedikit sebanyak bahasa dan kebudayaan mereka, tetapi realitinya masyarakat ini adalah berasal dari kaum keluarga besar Kadazandusun. Berdasarkan laporan bancian tahun 2010 menunjukkan bahawa jumlah penduduk daerah Keningau adalah seramai 134,234 Dan kaum Kadazandusun mewakili lebih 50 peratus dari jumlah keseluruhan penduduk daerah tersebut iatu seramai 71,627 orang dan merupakan kaum yg terbesar di daerah tersebut. Dari segi agama pula, majoriti masyarakat kadazandusun di Keningau sudah mempunyai agama iatu Kristian dan Islam. Cuma terdapat segelintir dari mereka yg masih mengamalkan anamisme(Percaya kepada kuasa ghaib) Dan juga paganisme(Tidak mempunyai agama). Biarpun mempunyai agama yg berbeza tetapi kehidupan masyarakat ini tetapi muafakat kerana dapat meraikan majlis kebudayaan Dan keagaman bersama-sama tanpa bersikap berburuk sangka dan hubungan persaudaraan bangsa yg kukuh dan kuat menjadikan bangsa ini harmoni dan aman tanpa sebarang sengketa. Biapun kaum Kadazandusun sering dihina dan diperkecilkan, kaum ini tetap bersabar kerana sikap kaum ini yg tidak suka kepada keganasan dan peperangan. Mereka lebih suka berdiam untuk keamanan. Sejarah juga membuktikan bahwa kaum ini tidak pernah mencetuskan sebarang pergaduhan kaum mahupun pemberontakan. Oleh itu sebagai sebagai seorang anak jati kaum keluarga besar Kadazandusun, saya sangat berbangga kerana lahir dan hidup sebagai seorang Kadazandusun Dan saya juga berharap bangsa saya dapat menjadi lebih maju dari sebelumnya dan mempunyai taraf pemikiran Dan minda yg hebat dan saya harap satu hari nanti bangsa Kadazandusun ini dapat dikenali di seluruh dunia.

Berikut merupakan contoh-contoh suku bangsa Kadazandusun yg terdapat di daerah Keningau:
Kwijau
Bunduliwan
Taagahas
Gana
Kadazan
Kimaragang
Rungus
Lotud
Sungei
Berikut merupakan contoh-contoh kg yg majoritinya berbangsa Kadazandusun di daerah Keningau:
Kg Magatang
Kg Sandapak
Kg Panagatan
Kg kesugui
Kg Bayangan
Kg Baginda
Kg Sasaie
Kg Toboh baru
Kg Tudan baru
Kg Pamalan
Kg Marapok
Kg Batu Lunguyan
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA BLOG SAYA. HARAPAN SAYA AGAR BLOG INI DAPAT MEMBANTU DAN MEMBERI MANFAAT KEPADA PEMBACA BLOG INI. DI MASA YANG AKAN DATANG SAYA AKAN MENGONGSIKAN LEBIH BANYAK INFO BERKAITAN NEGERI, DAERAH DAN KG YANG SAYA TINGGAL DAN SAYANGI. SAYA BERHARAP AGAR ANDA SENTIASA MENGIKUTI BLOG SAYA INI.
terima kasih sebab membina blog ni..punya susah ba cari info dusun gana..kasi banyak2 lagi ah..
ReplyDeleteMerampong dusun apa bos
ReplyDeleteKaum2 Senarai dia atas kebanyakan suku dari Ranau dan Tambunan
ReplyDelete